Pages

Sunday, 21 May 2017

Kalau husbandku sweet makanya...

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama

Ulang banyak kali pun aku masih rasa this is the best lirik ever. Sweet lah jahh...adoiii manis sini sana.
Aku ni dah la suka berangan. Bayangkan kalau husband aku bagi aku lagu ni,
dia tulis kat kad ke  hantar sekali ngan bunga ke,
atau nyanyi kat aku sambil petik gitar,
perghhh, cair beb.
Tapi tula...angan2 tinggal angan2. ha...ha...ha....
Mustahil kiranya kalau husband aku yg buat benda ni.
sobsob.
Mungkin aku patut berdoa kat ALLAH, sekali sekala aku nak gak rasa husband aku romantik tahap potong kaki. Kahkahkah!
Kalau makbul ni tak tidur malam woii.
Adududu, jatuh cinta lagi.
Kahkahkah!!!!
Okayla cukupla berangan. Aku nak sambung buat slide.
Chiaww~~

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

(samb) update 31/10/2017:    Jahh, doa termakbul, suamiku jadi sweet kauu.

Tapi tu sebab dia terlupa anniversary kamilah. hahaaha. 
Nak tebus kesalahan mungkin, dapatlah aku sejambak bunga feveretku, lily tersayang.
Rasanya nanti nak letak nama anak guna nama bunga lah. Menarik sungguh.


susah senang samasama. Harap kmu ingat kte selamanya.



Wednesday, 17 May 2017

Thank you for the wish

Happy Teacher's Day!



Dah 2 tahun sejak kali terakhir kte jadi lecturer. Seriously I missed that moment. Rindu sangat kat student2 acik dulu. Hem. Tapi tak sangka, dalam 2 tahun berlalu, dengan IG tak aktif sejak menjak dah tak bekerja, dan suddenly today, terasa nak bukak IG balik...walah. Ada satu komen yang buat acik terharu. 

Boleh pulak student drop off comment kat gambar2 lama acik and wish happy teacher's day. I never thought they will remember me. Some of them even inbox me too. Haila student2 ku sayang. Sorry for not updating annything. I am in the middle of putting everything back together, my career, my life, my families and everything. I will update soon....see you guys nanti ye!

Btw, Thanks for the wish ;(

Friday, 5 May 2017

New Job :)

Alhamdulillah,
Lepas hampir dua tahun menggangur, dapat juga kita kerja baru. Minggu ke dua sudah dan setakat ni kita tersangatlah happy sebab dah mula bekerjaya semula. 
Cuma part sedihnya bila rumah dah macam tongkang pecah woa. 
Kahkahkah! 
Gila kau penat dah dekat dua tahun kau fokus satu je tugas kau as surirumah dan sekarang 
kau kena kerja, travel, sampai rumah dah jam 9, layan anak kau,
kalau bernasib baik kol 10 dia dah tidur tapi kalau nasib malang kol 12 lah gamaknya.
Pukul 12 tu lah kau nak mandi, nak buat kerja office kau sikit dan kerja rumah dan akhirnya
kerja rumah pun entah ke mana kau pun tah kemana.
Seriously I need to reschedule myself.
Biar rumah awesome, anak awesome, kerja pun awesome.

Again, I'm looking forward with my career. Tak sabar rasanya nak jumpa student2 acik nanti.
Till then ~