Pages

Friday, 11 October 2019

NEONATAL ACNE...JERAWAT? RUAM ATAU ECZEMA?


Alright guys! Holla again. Setelah sekian lama aku kembali semula kesini. Tajuk malam ni adalah berkenaan NEONATAL ACNE....yang mana aku triggered sebab salah satu member dalam group fb aku tanya berkenaan hal ni. Yang buat aku lebih triggered sebab kebanyakan komentar2 disitu memberikan jawapan yang bagi aku hanya akan buat keadaan acne tu lebih teruk. Kenapa aku konfiden sangat? Sebabnya....anak aku adalah salah seorang baby kat dunia ni yang mengalami neonatal acne sedari lahir lagi....gitewwww.

Okaylah untuk lebih faham, aku terangkan dulu apa itu Neonatal acne.

Baby acne, also known as “neonatal acne” or “neonatal cephalic pustules,” is a common skin condition that occurs in more than one in five healthy newborns. It typically arises around two weeks of age with little bumps and pustules on the infant's forehead, cheeks, eyelids, and chin.

Ni penerangan yang aku ambil dari Mr Google lah. Senang citer, bahasa mudahnya ialah jerawat baby. Haaa...jangan ingat org besar je ada jerawat okay...bayi pun ada juga. Ianya memang common, namun dari penjelasan doktor pakar anak aku, dalam Malaysia, kes sebegini jarang berlaku. 

Macam mana ianya mula ada? Macam mana aku perasan? Apa tindakan aku? 

Sebenarnya, sebagai seorang mak yang tak tahu kewujudan penyakit ni, aku tahu, macam2 soalan yang bermain kat fikiran korang kan. Samalah macam aku juga masa mula2 benda ni jadi. Simptom pertama yang aku perasan adalah kat hidung anak aku ada bintik2 putih terkumpul. Seakan white head, aku ingatkan anak aku ada white head masa tu.


gambar ehsan google

 Lama-kelamaan, jerawat mula keluar, semakin lama semakin banyak, siap keluar nanah lagi...ala yang macam jerawat batu tu. Bila aku nak mandikan anak je memang susah. Terkena air pun anak aku dah menangis. Korang bayangkanlah, kita yg dewasa ni pun kalau tekena jerawat yang baru nak up tu pun dah sakit...inikan pula baby. Jadi...apa yang aku buat lepas tu?

Tindakan aku:

Mula-mula sekali, aku pergi klinik kesihatan. Kebetulan aku dalam pantang, anak aku pun ada kuning. Jadi, aku tunjuk kat doktor keadaan muka anak aku. Doktor tu cakap " OKAY JE SAYA TENGOK. RUAM BIASA...TAK PERLU REFER. TAK SERIUS PUN. NANTI HILANG". Masa ni, memang aku rasa nak sound je doc tu. Iyela emosi orang bepantang kan. Jahitan tak baik lagi, muka anak plak teruk....dan paling utama, aku pasti anak aku tengah tahan sakit je setiap kali apa2 terkena jerawat dia.

kulit masa baru beberapa hari lahir

Aku pun bagitahu suami aku, yang aku tak puas hati dengan jawapan doktor. Disebabkan suami aku pun orang medical, dan dia pun rasa macam sesuatu tak kena dengan keadaan kulit anak aku masa tu, maka suami aku pun setuju untuk refer hal ni ke Pusat Perubatan UiTM Sg Buloh. Alhamdulillah, aku dapat terus jumpa pakar kulit disana. Semasa pemeriksaan dijalankan, dermatologist sahkan yang anak aku memang ada simptom Nenoatal Acne ni. So, doc tu pun terus call kawan dia, kawan dia ni "pediatric dermatologist" HKL, terus set date untuk anak aku dirujuk kesana. Alhamdulillah.

sebelum jumpa pakar di HKL
 Tibalah aku pada hari yang aku tunggu, temujanji untuk pemeriksaan kulit anak aku ni. Klinik pakar yang aku jumpa ni memang khas untuk kanak-kanak (pedatric) dan khusus untuk bahagian kulit kanak-kanak sahaja. Aku pun baru tahu rupanya ada pakar kulit yang specific untuk bayi dan kanak-kanak sahaja. Lama jugaklah masa diambil untuk periksa kulit anak aku ni. Siap kena ambil gambar.

Yang ni aku kongsikan kat korang semua, penrangan daripada doc tu...dengan bahasa layman macam aku ni.

Menurut kata PedsDerm tu, Neonatal Acne terjadi apabila hormon ibu tidak hilang sepenuhnya daripada badan bayi semasa bayi tersebut lahir. Hormon ibu dibekalkan kepada bayi semasa bayi berada didalam kandungan. Secara normalnya, hormon ini akan hilang sebaik saja bayi lahir kedunia. Tetapi dalam kes ni, perkara ini tidak berlaku. Hormon ibu masih tersimpan didalam badan bayi. Hormon ibu tersebut akan hilang...namun ianya mengambil masa. Untuk anak aku, sehingga sekarang, dah nak masuk umur setahun, kadang-kadang, masih ada jerawat seketul dua tunbuh kat muka dia. Kesian anak mama..huhu.

Kesan yang tak best bila ada hormon ibu dalam badan bayi ni adalah kulit anak korang akan mula ditumbuhi jerawat sama macam kita yang dewasa ni. Anak aku siap ada jerawat kat belakang badan lagi. PedsDerm terangkan lagi, untuk bayi yang menghidapi neonatal acne, tidak perlu pantang makanan (ni maksudnya si emak tak perlulah pantang makan itu ini) sebabnya ia bukanlah allergic. Ia pun bukan eczema ye kawan2. Jadi tak perlu tukar sabun ke, syampu ke, tak perlu juga sapu ubat steroid. Kena faham, Neonatal Acne adalah masalah jerawat dimuka bayi. Jadi, kalau ada jerawat, kita apply ubat jerawat....bukan ubat lain. Untuk Yayam, doc prescribe ubat jerawat (peratus rendah) yang sesuai untuk kulit bayi. Jangan kau bantai pepandai beli ubat kecut jerawat kat farmasi lepastu main sapu kat muka anak kau dahla ye. SILA RUJUK PADA YANG PAKAR.Since anak aku dah mula ada nanah kat jerawat, doc pun on antibiotik sekali.

Selepas dah sapu ubat yg pakar bagi



Alhamdulillah, selepas berbulan bulan, kulit anak aku semakin sembuh. Jerawat pun dah hilang. Tinggal lopak2 parut jerawat je yg masih ada lagi. Takpela yayam. Nanti dah besar mama minta papa hantar Yayam gi Dermatologist untuk elokkan semula kulit yayam ye. Yang penting anak mama tak terseksa menahan sakit dah.

gettin' better
even more better

Nasihat aku, untuk semua ibubapa diluar sana, JANGAN PENTINGKAN DIRI. Bila anda rasa ada tak kena dengan kulit anak anda, jangan pandai2 apply krim entah apa2 hanya sebab "owh sipolan pakai okay"..."owh sipolan yang rekomen" dan lain2 alasan lain lagi. Tolong ya. Kalau ia berlaku pada korang, korang nak mereput kesakitan...silakan. Tapi sayangilah anak-anak anda. Apa2 rujuk doktor terus. Mereka lebih arif. Jika tak berpuas hati dengan jawapan yang doktor tu berikan, sila dtapatkan pandangan kedua (second opinion) iaitu doktor di klinik/hospital lain. Tolong jangan seksa anak anda dengan "ilmu kedoktoran" anda. Aku bukan apa. Kadang aku sedih tengok makpak yang sukasuki sapu itu ini kat kulit anak. Ada juga siap rekomen kat ibubapa lain produk itu ini, kaedah itu ini, hanya sebab anak dia berjaya sembuh dengan cara dia. Puan2 Tuan2 kena ingat, setiap individu tu berbeza. Tak bermakna berjaya pada dia, konfem bejaya juga kat korang. Ingat ya semua. Kalau ada apea2 soalan, korang boleh komen kat sini. InsyaALLAH aku reply :)

almost a year now. Kadang2 je ada jerawat kecik tumbuh

No comments:

Post a Comment