Pages

Tuesday, 28 August 2018

Haura Turns 2



Alhamdulillah, dah 2 tahun sejak lahirnya princess kesayangan...Haura Uqayla Binti Zahid. Basically, pengalaman banyak mengajar kte untuk jadi a better mother day by day. 

Kepada anak mama,


Selamat Hari Lahir Uchuk. Terima kasih sebab jadi anak yang sangatlah baik selama harini. Bulan 10 ni adik Haura nak lahir dah. Haura jangan risau. Mama tetap sayang Haura macam dulu-dulu walaupun mama selalu marah Haura. Haura kena ingat, kalau tak marah macam mana Haura nak belajar sesuatu perkara yang Haura buat tu betul atau salah. So, mama kena guide Haura. Nanti dah besar jangan lupa mama tau. 

Okaylah. Jom kte tengok gambar sempena hari lahir Haura yang ke 2 tahun ni. Nanti dah besar Haura bolehlah baca.


Feveret Haura...Didi & Friends















muka nak serius je



Love you Haura <3











Wednesday, 22 November 2017

TIGA SIRI

Assalamualaikum hariku.

Kenapa makin hari makin mengecewakan?
 Makin hari aku rasa makin frustrating je life aku.
Just imagine, I am almost 30, to be specific lagi 4 tahun aku masuk group 3 siri ni. And I still have nothing.
Yes I do have my own job but it is only for the sake of living. Bilamana kau kena kerja untuk menyara dan membantu keluarga kau. Seriously, I really hope I can find a job that satisfied me. The job that can makes me happy. Sekarang ni pun kerja aku bagus. Jadi Ketua Bahagian Sumber Manusia di Syarikat Jariah (bukan nama sebenar). Tapi aku tak happy. 

I hope I can find a better job with better salary soon. Aku minat mengajar. Tapi tula.
Kebanyakan institusi pembelajaran menetapkan kelayakan "master" kalau nak mengajar. Makanya aku nan hado lah. Aku degree je. Picisan baru.

Tolonglah diriku. Bangkit balik. Jangan merundum.
Tolonglah hati. Kuat sikit. Jangan menghilang.
Serius aku penat.
Dan aku merasakan takde siapa pun faham.
I need someone to support me,
encourage me to do better,
dengan cara yang paling lembut sekali. 
huhuuuu T_T

Wednesday, 8 November 2017

Between The Two Lines

Assalamualaikum wbt.

Kekusutan kali ni buat aku terfikir - fikir. Pregnant ke idok hamba ni?
Harini dah masuk minggu ke 3 lewat period. Buat UPT semua negative. Sedih sebentar. Baru ingat ada chance dapat nombor 2...kotlah dapat boy kan. Alkisahnya, semalam keluar brown spotting. Setompok saja. Tukar pantyliner dan that's it. Lepas tu tak keluar lagi. Harini sama macam semalam, kte sangatlah bergerak aktif kesana-kemari sebab staff tak cukup. Jadi banyak benda yang kte kena buat. Brown Spotting memunculkan diri semula pagi tadi. Sekali je lepas tu takda. 

Lepas semua dah settle kat pejabat, dalam jam 2 lebih petang kte pun plan nak ke KWSP Rawang. Banyak hal staff yang perlu diselesaikan kat sana. Tengah dalam perjalanan rasa perut memulas-mulas yang amat. Badan ni letih yang amat takyah cakap. Dari tengahari lagi dah rasa tak bermaya. Terlalu letih macamlah berjalan kaki dari Johor ke KL. So I decided to stop by dekat Petronas lah. Yelah, kupikirin nak membuang. Masa da dlm tandas rasa macam air mengalir. Tengok darah. Jadinya kte rasa dah period la tu. Setelah sekian lama baru nak datang. Terpandanglah dalam lubang jamban tu. Kte tengok ada seakan tissue/daging bertali. I was wondering. Period lewat memang macam tu ke? Settle je situ, badan kte mmg rasa bertambah - tambah letih dan penat yang melampau. Tak boleh jadi. Terus kte drove back to my office. 

Sangatlah pelik. Kenapa period kalini macam ni? Sampai la ni dah jam 5 lebih, kte masih penat. Darah period masih tak menyinggah kat pad. Sebaliknya kadang2 bila kte buang air baru nampak sikit gila darah turun. Pelik3. Anyone ada pengalaman macam kte ke? What should I do? HELP!



Sunday, 21 May 2017

Kalau husbandku sweet makanya...

Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya

Mampukah ku halang rasa cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah berikan padaku
Anugerah yang terindah

Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan pertama

Ulang banyak kali pun aku masih rasa this is the best lirik ever. Sweet lah jahh...adoiii manis sini sana.
Aku ni dah la suka berangan. Bayangkan kalau husband aku bagi aku lagu ni,
dia tulis kat kad ke  hantar sekali ngan bunga ke,
atau nyanyi kat aku sambil petik gitar,
perghhh, cair beb.
Tapi tula...angan2 tinggal angan2. ha...ha...ha....
Mustahil kiranya kalau husband aku yg buat benda ni.
sobsob.
Mungkin aku patut berdoa kat ALLAH, sekali sekala aku nak gak rasa husband aku romantik tahap potong kaki. Kahkahkah!
Kalau makbul ni tak tidur malam woii.
Adududu, jatuh cinta lagi.
Kahkahkah!!!!
Okayla cukupla berangan. Aku nak sambung buat slide.
Chiaww~~

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

(samb) update 31/10/2017:    Jahh, doa termakbul, suamiku jadi sweet kauu.

Tapi tu sebab dia terlupa anniversary kamilah. hahaaha. 
Nak tebus kesalahan mungkin, dapatlah aku sejambak bunga feveretku, lily tersayang.
Rasanya nanti nak letak nama anak guna nama bunga lah. Menarik sungguh.


susah senang samasama. Harap kmu ingat kte selamanya.



Wednesday, 17 May 2017

Thank you for the wish

Happy Teacher's Day!



Dah 2 tahun sejak kali terakhir kte jadi lecturer. Seriously I missed that moment. Rindu sangat kat student2 acik dulu. Hem. Tapi tak sangka, dalam 2 tahun berlalu, dengan IG tak aktif sejak menjak dah tak bekerja, dan suddenly today, terasa nak bukak IG balik...walah. Ada satu komen yang buat acik terharu. 

Boleh pulak student drop off comment kat gambar2 lama acik and wish happy teacher's day. I never thought they will remember me. Some of them even inbox me too. Haila student2 ku sayang. Sorry for not updating annything. I am in the middle of putting everything back together, my career, my life, my families and everything. I will update soon....see you guys nanti ye!

Btw, Thanks for the wish ;(

Friday, 5 May 2017

New Job :)

Alhamdulillah,
Lepas hampir dua tahun menggangur, dapat juga kita kerja baru. Minggu ke dua sudah dan setakat ni kita tersangatlah happy sebab dah mula bekerjaya semula. 
Cuma part sedihnya bila rumah dah macam tongkang pecah woa. 
Kahkahkah! 
Gila kau penat dah dekat dua tahun kau fokus satu je tugas kau as surirumah dan sekarang 
kau kena kerja, travel, sampai rumah dah jam 9, layan anak kau,
kalau bernasib baik kol 10 dia dah tidur tapi kalau nasib malang kol 12 lah gamaknya.
Pukul 12 tu lah kau nak mandi, nak buat kerja office kau sikit dan kerja rumah dan akhirnya
kerja rumah pun entah ke mana kau pun tah kemana.
Seriously I need to reschedule myself.
Biar rumah awesome, anak awesome, kerja pun awesome.

Again, I'm looking forward with my career. Tak sabar rasanya nak jumpa student2 acik nanti.
Till then ~