Pages

Wednesday, 17 May 2017

Thank you for the wish

Happy Teacher's Day!



Dah 2 tahun sejak kali terakhir kte jadi lecturer. Seriously I missed that moment. Rindu sangat kat student2 acik dulu. Hem. Tapi tak sangka, dalam 2 tahun berlalu, dengan IG tak aktif sejak menjak dah tak bekerja, dan suddenly today, terasa nak bukak IG balik...walah. Ada satu komen yang buat acik terharu. 

Boleh pulak student drop off comment kat gambar2 lama acik and wish happy teacher's day. I never thought they will remember me. Some of them even inbox me too. Haila student2 ku sayang. Sorry for not updating annything. I am in the middle of putting everything back together, my career, my life, my families and everything. I will update soon....see you guys nanti ye!

Btw, Thanks for the wish ;(

Friday, 5 May 2017

New Job :)

Alhamdulillah,
Lepas hampir dua tahun menggangur, dapat juga kita kerja baru. Minggu ke dua sudah dan setakat ni kita tersangatlah happy sebab dah mula bekerjaya semula. 
Cuma part sedihnya bila rumah dah macam tongkang pecah woa. 
Kahkahkah! 
Gila kau penat dah dekat dua tahun kau fokus satu je tugas kau as surirumah dan sekarang 
kau kena kerja, travel, sampai rumah dah jam 9, layan anak kau,
kalau bernasib baik kol 10 dia dah tidur tapi kalau nasib malang kol 12 lah gamaknya.
Pukul 12 tu lah kau nak mandi, nak buat kerja office kau sikit dan kerja rumah dan akhirnya
kerja rumah pun entah ke mana kau pun tah kemana.
Seriously I need to reschedule myself.
Biar rumah awesome, anak awesome, kerja pun awesome.

Again, I'm looking forward with my career. Tak sabar rasanya nak jumpa student2 acik nanti.
Till then ~

Thursday, 20 April 2017

Nak honeymoon juga :(

Syoknya lahai tengok orang pergi bercuti. My bestie yang tenga preggy pun pergi bercuti. Buka FB pun semua holidays mood's on. Dan aku masih disini dirumah ku memikirkan masa depan. Harharhar.

Aisey kalau boleh putar masa, mungkin first month khawin dulu dah sangat eager dan push kawkaw husband untuk pergi vacay. Tetapi apakan daya, itu semua masa lalu, tak guna nak dikalau kalaukan.

Hopefully, once start kerja nanti, kte dapat kumpul duit dan pergi vacay. Vacay yang best sebab dulu honeymoon pun tak...

Dear myself! Jangan lupa kumpul duit!!! Aim this year, have a nice vacay for yourself and little family! Aja! Aja! Fighting!!!!


Tuesday, 14 March 2017

the seventh

Benda paling sadis ialah apabila kau nak post pasal sesuatu dan disebabkan kononnya sekarang semua boleh buat guna fone, so kau acah - acah klik guna fone kau dan end up deleting your other previous post. amagad.............

Dan tak danlah nak taip balik cerita balik apa semua kan. Kemalasanlah jawabnya. 

Harini datang kerajinan tapi untuk post lain. The seventh. Bulan ni genap 7 bulan umur princess kesayangan kte. Satu anugerah yang paling best, yang paling kte sayang hidup dan mati, my only Haura Uqayla Zahid. Teringat moment masa nak lahirkan haura dulu. Fetal distress, Haura lahir tapi dah biru, sikit pun tak nangis, sunyi bilik bersalin. Kena bawak gi NICU, kena rhesus and so on. Rasa sedih sangat masa tu. Mengandung 9 bulan, memacam benda go through dan end up anak kebiruan tak benafas masa lahir. But 

THANKS TO ALLAH, HE GAVE ME ANOTHER CHANCE

the very first time I saw you


Dan sekarang my princess dah 7 bulan, Makin hari, makin manja, makin banyak peel. 

#mamaalwaysloveyouHaura





Monday, 17 October 2016

Cemburu~

Assalamualaikum and hello 

.....and esok ada interview dan kte keboringan maka kemalasan. Bila malas ni satu benda je takkan malas iaitu main semua social media sampai datang balik bosan dan mula semula dari awal. 

I was on my tweet today and ada satu topik that make me like "ssss....BURN!". Jealousy. Itula topik salah satu isu kat tweeter hari ni. Kenapa burn? Sebab I am so ful of jealousy. (kahkahkah!) And I do really find a hard time handling my jealousy....but what and why did I get jealous? 

Bila tanya tang "what" tu senang nak jawab. Semua perempuan pun boleh jawab. Cuma acute dengan tak acute je masalah depa ni. Macam kte ni, simple. Even dah jadi mama Huara pun ada lagi perangai jealous kte.

If it is me, I will get jealous:

~ Kalau anak dimanjakan. (kahkahkah) Mama dia pun nak attention okay. Mama dia nombor 1, Anak jatuh nombor 2. Tapi biasalah lelaki. Nak2 anak perempuan lak, Isteri jatuh nombor 2 (bukan bini nombor 2 okay!) anak pulak yang dapat takhta nombor 1. Tu yang sesikit "Haura sihat? Huara camne? Rindu Haura" Lagi jealous bila cakap rindu anak tapi anak dengan bapak terpisah dek bilik je sebab anak tengah tidur dalam bilik. Maka berhuhuhu lah mamanya T_T

~ When it comes to any other woman, even colleagues or friends, I can easily get jealous. Okay tipu. Bukan any other woman je, Any other man pun sama. Bak kata melayu, baik lelaki baik perempuan, dedua acik jealous. Bukan apa, bila suami kerja, most of his "awake" time adalah ditempat kerja. Baki dalam 3 jam adalah untuk makan minum mandi dan berbual bual dirumah dan selebihnya ialah tidur. So every one get the chance to be around him, to spend time with him for 5 days a week EXCEPT ME...I only get two full day to spend and cherish the moment with my love one. However, these two days pun still need to be divided into a few separated hours for bath time, tidur time, xbox time, makan time, handphone time, anak time, movie time, penat time and last2 tinggallah secoet masa untuk "wife time". Nampak tak hows' a wife need to compete with all these unseen competitors? haha. Now do you understand why I get jealous?

~ dan banyak lagilah kalau nak taip nanti jadi buku lah pulak

But the question now is why? Tak boleh ke chill je? Nak jealous jadah ni semua buat apa kan? Well, kalau orang tak berhati tisu yg lagi nipis dari tisu ni memanglah boleh. Masalahnya kte ni berhati senipis nipisnya. Itu yang payah tu. Back to the question, why? 

Banyak faktor "why". Tapi dalam semua "why", kte sebenarnya takde keyakinan diri. Selalu rasa diri ni paling kebawah sekali. Rasa macam bukan watak penting dalam life semua orang. Rasa down. And the worst part is when it comes to any kind of jealousy, I find it hard...extremely hard for me to express. Bila itu terjadi, maka kte pun pendam. Bila pendam maka jadilah penyakit jiwa. Jangan sakit jiwa sudah~




For me, it is good to be jealous. For other people, mungkin jealous tu beban or merimaskan. Terpulang memasing kot. huhu.

see...macam mana tak jealous -_-

Saturday, 15 October 2016

Dilema Si Emak

Good news and bad news. 
Still, be grateful for both dilla oii.

Good news is that next week akan ada interview kerja setelah sekian lama. Hopefully, adalah berita baik lagi selepas tu. Makin hari makin jatuh cinta dengan anak sendiri. Tak boleh imagine macam manalah nak tinggalkan anak kat pengasuh. Sedihnya! Masa menyusu dia pun tengok muka dia alahai anak mama ni. Terus tak sampai hati rasa. Harapnya nanti, kalau dapat kerja, dapatla jugak kuatkan hati hantar Haura yang comel lagi manja lagi lawa lagi bijaksana (ekekek) ke pengasuh. *dilema*


meet HAURA UQAYLA BT ZAHID

Friday, 2 September 2016

Cinta Hati

Alhamdulillah, seseorang yang kte tunggu2 9 bulan lamanya akhirnya bertemu jugak. 6/8/2016, sabtu jam 5.23 pagi, kte selamat melahirkan anak perempuan yg paling comel di abad ini. Dahlah comel, cantik, solehah, baik, pokok pangkal semuanya dialah. Kahkahkah! Kemain lagi emaknya. And we named her Haura Uqayla binti Zahid...as usual semua tanya padia laa nama anak gitu...apa maksudnya? Maksud dy takdela grand mana...Maksud dia simple je:

Haura - wanita berkulit putih kemerah merahan
Uqayla - bijaksana

Harap anak mama membesar dengan bijaksana, bijaksini, bijaksitu...k haura. Teringin nak masukkan gambar tapi husband belum bagi lagi. Takpela nanti adalah gamba anak mama dalam blog mama ni.

Bila ada anak ni buat kte rindu kat family besar sendiri. Tapi...takpela. Mungkin nanti adalah kesempatan nak jumpa, nak borak dengan drg semua. Thank you my big families untuk semuanya selama hari ni. Serius kte tak lupa jasa2 kalian semua. Cuma keadaan mungkin tak berapa mengizinkan sekarang. Terima kasih untuk segala support dari kte kecik sampai da besar, untuk segala duit yg dah dihabiskan, untuk segala masa yg diperuntukkan, untuk segala kasih sayang yang diberikan. Serius, sikit pun kte tak lupa. I'm so sorry kalau kte da terguris hati kalian...kalau kte dah macam kacang lupakan kulit. Jangan risau, kte masih kacang yg membawa kulitnya. Kalianla kulit tu. Don't worry. Till we meet again familias...